Salamah Basiron

Allahyarhamah Salamah Basiron dengan nama penanya Hanimasra, merupakan seorang ikon muzik Pop Yeh Yeh. Allahyarhamah Salamah Basiron merupakan penulis lirik dan lagu komposer wanita pada era Pop Yeh Yeh yang terkenal. Allahyarhamah juga orang yang bertangungjawab ke atas pembangunan industri muzik melayu pada era itu.Terkenal dengan karya karyanya yang memaparkan sebahagian besar penyanyi pop popular era Pop Yeh Yeh, orang-orang seperti A Ramlie, A Karim Jais, A Nadar, Ismail Kasdi, Jeffrydin, M Ishak, Salim I, Sulaiman Masri, Ramon Rahmat (M Rahmat), Zam Zam, Asmah Atan, Alina Rahman, Fatimah H S, P Rosnah, M A Maya, Masitah Ali, Ida (adik kepada Allahyarhamah Salamah Basiron), S Anida, Rafeah Buang, Rosnani Halip, Sutiah, Yusna Elmy. Salamah Basiron telah mencipta ratusan lagu dalam zaman lagu Pop Yeh Yeh dari 1964 hingga awal 1980 an. Beliau dilahirkan di Singapura pada 4hb Ogos 1943. Allahyarhamah pernah melaporkan dalam satu temu bual di akhbar, mengenai lagu Oh Fatimah yang pernah menjadi rebutan antara A. Ramlie, Jefrydin dan Ismail Kasdi. Namun, akhirnya lagu Oh Fatimah telah dinyanyikan oleh A. Ramlie, sementara lagu Siti Haida dinyanyikan oleh Jefrydin.Lagu ciptaan beliau Oh Fatimah yang amat popular pada era pop yeh yeh nyanyian A. Ramlie & The Rhythm Boys, lagu Siti Haida nyanyian Jefrydin & The Siglap Five, lagu Bibir Mesra Jiwa Parah naynyian Zam Zam, lagu Tahukah Sayang nyanyian P Rosnah & The Siglap Five.Beliau dilaporkan telah menghasilkan hampir 200 lagu sejak mencipta lagu dalam 1964. Bagaimanapun, hanya separuh dirakam di piring hitam. Allahyarhamah Salamah Basiron juga turut menyanyi dan merkamkan lagu lagu ciptaan beliau dan dengan diiringi kumpulan The Twillites. Beliau pada akhir hayatnya menetap di Singapura. Beliau meninggal pada 16 Feb 2008.